Perlawanan All-Star Major League Baseball
Perlawanan All-Star Major League Baseball

Perlawanan All-Star Major League Baseball

Perlawanan All-Star Major League Baseball (bahasa Inggeris: Major League Baseball All-Star Gamecode: en is deprecated , atau dikenali sebagai "Midsummer Classic") merupakan perlawanan besbol yang diadakan tahunan oleh Major League Baseball (MLB) dan melibatkan all-star dari American League (AL) dan National League (NL). Pemain utama akan dipilih oleh peminat, pitcher akan dipilih oleh pengurus dan pemain simpanan pula akan dipilih oleh pemain dan pengurus.Perlawanan ini biasanya akan berlangsung pada hari Selasa kedua dan ketiga pada bulan Julai bagi menandakan titik tengah perjalanan musim MLB (walaupun bukan perkiraan tepat tetapi ia buat sebahagian besar aksi musim telah berjalan). Kedua-dua liga akan menguatkuasakan All-Star break, untuk menandakan tiada perlawanan musim dijadualkan mulai dua hari[1] sebelum Perlawanan All-Star kecuali aksi malam Selasa yang diadakan pada musim 2018. Terdapat beberapa festival dan program berkaitan sukan ini telah dijalankan semasa dan menjelang rehat musim.Tiada perlawanan All-Star MLB dilangsungkan pada tahun 1945 berikutan Perang Dunia Kedua dan pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Dua perlawanan All-Star telah dilangsungkan pada setiap musim dari tahun 1959 sehingga 1962. Perlawanan terkini All-Star dijalankan pada 11 Julai 2023 yang bertempat di T-Mobile Park di Seattle, iaitu gelanggang bagi pasukan AL, Seattle Mariners.